BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 24, 2009

Sk Kampung Jepak




SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini telah di bina pada tahun 1955. Nama asal bagi Sekolah Kampung Jepak ini ialah "Sekolah Kampung Jepak Primary School". Sekolah ini diwujudkan memandangkan kerumitan dan kesulitan penduduk kampung kerana terpaksa menghantar anak mereka bersekolah ke seberang sungai Batang Kemena iaitu di Sekolah Orang Kaya Mohamad dan SR St.Anthony.

Oleh yang demikian, satu jawatankuasa khas kampung telah ditubuhkan dan bertindak telah menubuhkan sebuah sekolah serta bergotong-royong untuk membina sekolah ini. Jawatankusa ini dinamakan komuniti sekolah yang terdiri daripada ketua kampung dan pemimpin-pemimpin Kampung Jepak.Penduduk yang terlibat dalam pembinaan sekolah ini terdiri daripada tiga buah kampung iaitu Kampung Jepak, Kampung Sebuan Kecil dan Kampung Sebuan Besar.

Bentuk asal bangunan ini ialah bangunannya berbentuk bangsal dan mempunyai dua bilik darjah dan sesi persekolahan pertama di sekolah ini bermula pada 1 Januari 1966 dan hanya dua orang tenaga pengajar dan 80 orang murid yang bersekolah di sini.
Bangunan kedua sekolah ini pula dibina pada 1962 dan dibina dari papan dan beratap kayu berlian yang didirikan oleh Bintulu District Council. Hanya terdapat empat buah bilik darjah dan kemudiannya bangunan ini dirobohkan pada 13 November 1986 dengan bangunan yang dibina daripada konkrit. Sekolah ini merupakan sekolah Gred A di kawasan Bintulu.

VISI
Menjadikan SK KAMPUNG JEPAK sekolah yang cemerlang tahun 2010.

MISI
Kami warga SK KAMPUNG JEPAK akan berusaha memastikan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum dalam persekitaran yang kondusif dengan kerjasama komuniti melalui pengurusan dan pentadbiran yang tulus dan telus serta budaya bersahsiah tinggi.

MOTTO
Kemahuan kunci kejayaan.

IKRAR SEKOLAH
Kami berikrar akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip rukun Negara pada setiap masa :
Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagan kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan.


LAGU SEKOLAH
Sungguh indah sekolah ku
Sk kampung jepak
Tempat ku menuntut ilmu
Bersama rakan semua
Dari pagi hingga petang
Bersama guru yang ku sayang
Menulis membaca dan mengira
Sungguh riang dan gembira

Kemahuan kunci kejayaan
Maju dan teruslah maju
Kejayaan semua lapangan
Harapan kita bersama
Sungguh megah sekolah ku
Sk kampung jepak
Kan ku ingat dan ku kenang
Sehingga ke akhir zaman

0 comments: