
SEJARAH
NAMA KAMPUNG : KAMPUNG JEPAK,BINTULU
NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG
Pada awal penempatan Kampung Jepak adalah terdiri daripada penduduk asal yang dikenali sebagai Vaie Segan yang diduduki oleh askar-askar Jepun dan Bintang Tiga ketika Perang Dunia Ke Dua yang pada masa itu memerintah amat ditakuti oleh rakyat tempatan.Oleh kerana itu ramai dikalangan penduduk lari ke hutan.Pada masa yang sama dizaman pemerintahan Jepun,ada gerila penentang Jepun iaitu Bintang Tiga terdiri dari rakyat cina.Jepun tidak lama bertapak di Vaie Segan.
Pada masa dahulu,Jepak mula diselubungi ketakutan dengan lagenda kewujudan Naga Terbang (Lipan Gergasi) di Bukit Jepak.Dalam masa yang sama wujud pula penyamun yang ingin memenggal kepala manusia dijadikan korban kerana pembinaan jambatan merentasi Selatan Kuching.Rakyat tempatan lari ke Bukit Jepak ketika itu.Dalam berlari-lari bertempiaran maka mereka tersepak kepala-kepala manusia yang dikumpul oleh penyamun.Situasi ketika itu seperti bermain bola,maka salah seorang yang dikenali sebgai ketua bagi kumpulan rakyat tempatan telah menjadikan bukit tersebut sebagai BUKIT JEPAK.
Sehubungan dengan perkataan Jepak maka kampung tersebut juga dinamakan Kampung Jepak.Tetapi Kampung Jepak kini telah berkembang dan memepunyai empat rangkaian kampung iaitu Kpg.Jepak Hulu,Kpg.Sebuan Kecil/Sebuan Besar dan Kpg.Baru Sebuan Besar.
Monday, November 23, 2009
Sejarah Kampung Jepak
Posted by Sweetheart at 2:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment